Nafuzi Zain dan Tan Cheng Hoe banyak persamaan – Rahadiazli

Bahunya pernah empat kali p@tah dalam tempoh empat tahun, namun semangat juang tinggi membantu Rahadiazli Rahalim bangkit dan akhirnya mendapat panggilan skuad bola sepak kebangsaan.

Bakal menginjak usia 20 tahun pada 29 Mei ini, penjaga gol Terengganu itu juga tidak gentar untuk bersaing dengan nama-nama besar dalam skuad H@rimau Malaya seperti Farizal Marlias, Khairul Fahmi Che Mat dan Khairulazhan Khalid.

“Sebelum datang kini saya pernah berdepan banyak dugaan hebat, terutama kec3deraan serius yang berulang.

“Sejak Tingkatan 3 (15 tahun), saya sudah empat kali patah di bahagian bahu dan tahun lalu ketika beraksi bersama Kedah, saya mengalami koyak tisu di bahu kiri.

“Motivasi saya untuk terus berjuang adalah semangat daripada keluarga,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Johor Bahru.

Kata Rahadiazli, biarpun hadir dalam sesi latihan skuad kebangsaan sebagai penjaga gol paling cetek pengalaman berbanding tiga senior lain, namun itu tidak menghalangnya untuk berusaha keras memikat perhatian jurulatih, Tan Cheng Hoe.

“Selepas empat hari latihan, banyak pengalaman yang saya kutip daripada Farizal, Khairul Fahmi dan Khairulazhan. Melihat permainan mereka, saya dapati jurang antara kami sangat jauh.

“Apa pun, saya akan bekerja keras dan terus belajar untuk mengimbangi permainan kami.

“Dalam bola sepak moden, kami tidak dipanggil penjaga gol sebaliknya benteng terakhir. Sekarang mereka tidak hanya mengatur s3rangan di bahagian atas tetapi bermula dari bawah

“Penjaga gol juga bukan sekadar perlu tangkas tetapi boleh mengawal bola, itu aspek yang saya masih kurang dan perlu diperbaiki,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya apakah ketinggian yang dimiliki memberi kelebihan buatnya berbanding tiga penjaga gol lain, Rahadiazli tidak menganggap perkara itu membawa banyak perbezaan.

Dengan ketinggian 1.92 sentimeter, penjaga gol kelahiran Kuala Terengganu itu muncul pemain paling tinggi dalam skuad H@rimau Malaya.

“Saya tidak rasa ketinggian memberi kelebihan, sebaliknya saya masih perlu belajar untuk menjadi penjaga gol yang lebih baik,” katanya yang menjadikan penjaga gol Selangor, Khairulazhan sebagai idola.

sumber : UM

Kata Rahadiazli, corak permainan jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain dan pengendali skuad kebangsaan, Cheng Hoe yang punya banyak persamaan juga memudahkannya menyesuaikan diri dengan skuad kebangsaan.