Nama JDT sekali lagi naik di peringkat dunia

Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi ‘rumah’ Johor Darul Ta’zim (JDT) dipilih sebagai pemenang ‘Stadium Of The Year 2020’ untuk kategori undian awam.

Dalam undian yang dijalankan portal StadiumDB.com berpangkalan di Poland, stadium serba canggih itu menerima 64,240 mata.

Undian tersebut mengatasi StadAllegiant di Las Vegas dan Stadium Ahmad bin Ali di Qatar.

sumber : UM

Kejayaan tersebut adalah satu lagi pencapaian JDT di peringkat global, sekali gus menaikkan nama bola sepak Malaysia di mata dunia.