Natxo Insa tidak perlu ikut em0si – Mora

Natxo Insa perlu lebih berhati-hati dan tidak terlalu mengikut em0si.

Itu komen pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora terhadap hukuman penggantvngan dua perlawanan dan denda RM10,000 ke atas pemain tengah JDT berkenaan

yang diputuskan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Khamis lalu.

Menurut Mora tindakan Insa meny3rbu Noor Azriel Baharudin sebelum menyentuh dada pengadil berkenaan menggunakan kedua-dua tangannya selepas perlawanan men3ntang Perak FC pada 21 Mac lalu, tidak seharusnya berlaku.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan Natxo. Akibat tindakan itu dia dikenakan penggant3ngan dan denda. Tapi tidak boleh salahkan Natxo sahaja. Apa yang pasukan lain lakukan kepada kami juga tidak baik.

“Sudah tentu kesalahan terarah pemain saya. Dia juga tampak menerima keputusan itu dengan hati terbuka. Natxo akan kembali beraksi bersama JDT dan saya berharap insid3n itu tidak akan berlaku lagi. Kami tidak suka mempertikaikan keputusan pengadil. Malah kami juga tidak gemar beraksi secara agresif terhadap pasukan lawan.

“Apabila kami beraksi di padang, hanya satu sahaja matlamat utama kami iaitu bermain bola sepak dan mempamerkan aksi tatkikal yang ampuh. Bukan turun beraksi untuk menimbul kekecohan,” katanya

Mora yakin Natxo akan kembali beraksi dengan lebih mantap dan melupakan insid3n berkenaan.