Nazrin penyelamat TRW

Sepakan penalti Nazrin Nawi enam minit sebelum tamat perl@wanan menyelamatkan Kelantan dan membantu The Red Warriors (TRW) mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak United dalam aksi Liga Perdana, malam tadi.

Kelantan yang sudahpun terlepas tiket ke Liga Super musim depan kini menghidupkan peluang untuk memburu slot Piala Malaysia.

Kemenangan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu juga membolehkan TRW  bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada Kuching FA minggu lalu.

Kelantan yang kini dikenali sebagai The Red Warriors Kelantan FC bermula  baik apabila hampir meledakan gol pertama pada minit kelapan, namun Felix Odili gagal memanfaatkan peluang terhidang.

Minit ke-13, Milad Zanidpour mempersia-siakan peluang keemasan Sarawak United untuk membuka tirai jaringan apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti yang dilakukan sekadar melewati palang gol tuan rumah.

Bersambung babak kedua, pelawat mempamer aksi lebih bertenaga dan hampir memecahkan kebuntuan jaringan menerusi rembatan kencang Patrick Ronaldinho pada minit ke-53 namun Mohammad Fikri berjaya menyelamatkan situasi bah@ya itu.

Gol yang dicari-cari tuan rumah akhirnya  tiba pada minit ke-84 apabila pemain gantian, Nazrin  menyempurnakan sepakan penalti  selepas Wan Zaharul Nizam terdahulu dijatuhkan dalam kotak penalti.

Sumber : BH

Sarawak United cuba bangkit selepas itu namun sudah terlewat untuk menyekat kemenangan TRW Kelantan FC.