Nikmat kebangkitan Sri pahang FC terbantut

Baru hendak merasai nikmat kebangkitan di bawah bimbingan Dollah Salleh, hajat Sri Pahang terbantut apabila tumpas 0-1 kepada Petaling Jaya City (PJ City) dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Ia kekalahan kedua Tok G@jah di Stadium MBPJ musim ini selepas tumpas 3-1 kepada Selangor FC dalam aksi pembukaan, 6 Mac lalu.

Kekalahan tersebut pasti mengec3wakan Sri Pahang yang baru merasai nikmat kemenangan ketika mengalahkan Sabah 2-1, Selasa lalu.

Malah sejak merehatkan ketua jurulatihnya, Thomas Dooley akibat dua kekalahan dalam aksi pembukaan, Dollah telah membantu Tok G@jah mengutip empat mata apabila turut mengikat Melaka United 0-0 pada 13 Mac lalu.

Lebih menyakitkan, mereka kalah kepada PJ City yang 100 peratus dibarisi pemain tempatan.

sumber : UM

D. Kugan muncul wira PJ City apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-33 untuk memberikan tiga mata berharga buat skuad P. Maniam, sekali gus melonjakkan mereka ke tangga kelima liga.