Nilai semula Striker import – Dollah

Pengurus pasukan Sri Pahang, Dollah Salleh mengakui masih tidak berpuas hati dengan persembahan pasukan terbabit walaupun berjaya mengikat Melaka United (MU) 0-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat , Paya Rumput malam tadi.

Katanya, bahagian s3rangan dilihat tidak membantu menterjemahkan misi penting dalam perlawanan berkenaan, justeru dia akan menilai semula peranan mereka terutama peny3rang import.

Menurutnya, jika perlu diganti beliau akan fikirkan namun ia akan dilihat dalam sesi latihan suntuk menjelang aksi berdepan Sabah.

“Syukur Alhamdulillah dapat satu mata dalam perlawanan malam ini, namun corak permainan di lihat masih bawah kemampuan sebenar. Apapun terdapat peningkatan persembahan pasukan pada penghujung babak kedua menerusi kemasukan tiga pemain muda dalam perlawanan berkenaan.
“Pada keseluruhan saya masih tidak berpuas hati. Malah saya pun masih belum melatih pasukan, hanya berada di bangku pemain memberi bimbingan dan arahan kepada pemain dalam perlawanan ini,” katanya.

Baginya, pada aksi selepas ini, dia akan berusaha membentuk pasukan dengan lebih baik walaupun memiliki hanya satu hari sebelum pertemuan keempat liga.

Dalam perlawanan berkenaan tiada kelibat pengendali Sri Pahang FC, Thomas Dooley dan penolongnya, Christophe Gamel dengan Dollah diberi tugas penting mengembalikan sentuhan pasukan berkenaan selepas dua kekalahan berturut-turut skuad terbabit.

Turut bersamanya Ahmad Yusof sebagai penolong ketua jurulatih manakala Ahmad Shaharuddin Rosdi dan Sharulnizam Sahat selaku penolong jurulatih.

Sementara itu, jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan berkata, dia juga mengakui kec3wa selepas deretan peluang gagal diterjemah dengan jaringan.

Katanya, peluang keemasan yang diperoleh amat baik pada babak pertama dan kedua bagaimanapun ia gagal dihasilkan dengan jaringan yang amat penting untuk mengubah keputusan perlawanan.

Justeru, dia akan memberi perhatian kepada usaha merobek gawang lawan ketika berdepan Terengganu pada aksi keempat di gelanggang lawan 17 Mac ini.

sumber : HM

Menurutnya, keseluruhan terdapat peningkatan menarik pasukan dalam perlawanan ini dengan menguasai permainan termasuk barisan pertahanan juga bertindak cemerlang.