Norizam pakai Jersi Kedah, timbul perdebatan

Pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman menegaskan jiwanya terhadap pasukan The Red Warriors (TRW) walaupun dilihat memakai jersi Kedah semasa menyerahkan ganjaran kepada pemain import Jack Hindle sehingga menimbul perdebatan hangat dalam penyokong Kelantan FC.

Norizam atau Zamsaham berkata, dia memakai jersi itu sebagai tanda terima kasih kepada alumni saham yang telah menghadiahkan pakaian rasmi pasukan dari utara tanah air tersebut.

“Saya pakai jersi (Kedah) sahaja tetapi masih lagi pemilik Kelantan FC. Bukan itu sahaja masih kekal sebagai anak jati Johor.

“Lagi sekali, saya pakai jersi itu (Kedah) sebagai menghormati hadiah dari penyokong Kedah,” tulisnya menerusi entri laman facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, ada segelintir penyokong Kelantan FC kurang senang dengan tindakan yang dilakukan oleh Zamsaham.

Bagaimanapun, masih ada peminat yang menyifatkan perkara tersebut tidak memberikan kesan kepada Kelantan FC.

Zamsaham memberitahu, jersi tersebut telah ditinggal oleh individu terbabit di Kaunter Hotel Zamburger Plaza Mahkota Melaka ketika menginap di situ.

Katanya, pesanan itu telah dikirim oleh individu tersebut menerusi kakitangan hotel.

“Maka semalam ketika saya terima sebagai tanda menghargai hadiah. Jadi saya pun pakai baju jersi Kedah.

sumber : UM

“Status semalam pun saya sudah jelaskan ianya adalah hadiah,” ujarnya.