NSFC kekal rekod tanpa kalah

Negeri Sembilan terpaksa bermandi peluh sebelum mencatat kemenangan 2-0 ke atas skuad Projek FAM-MSN pada saingan Liga Perdana, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Jaringan pemain tengah, R Barthkumar dan Alain Thierry Akono menjadi penyelamat tuan rumah yang tampil selaku pendahulu carta Liga Perdana ketika ini.

Biarpun dari awal permainan, Negeri Sembilan melakukan s3rangan bertubi-tubi ke kawasan kubu pasukan FAM-MSN, untuk mendapatkan gol, namun jaringan pertama hanya hadir pada minit ke-72, menerusi sumbangan pemain tengah, R Barathkumar.

Gol itu terhasil apabila pemain berkenaan menerima bola dari bahagian tepi dan dia yang tidak di kawal dengan mudah menolak masuk men3waskan penjaga gol pelawat, Mohamad Nabil Asyraf Ramli.

Alain Akono kemudian mengukuhkan kedudukan skuad kendalian K Devan apabila meledak gol kedua menerusi tandukan pada minit ke-85 ketika situasi kelam kabut dalam kotak penalti pasukan FAM-MSN.

sumber : BH

Dua gol berkenaan kekal sehingga tamat permainan sekali gus meletakkan Negeri Sembilan terus mendominasi carta.