Padah sentuh dada pengadil Natxo Insa didenda sebanyak RM10K

Tindakan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa yang dilihat ‘ menolak’ pengadil perlawanan, Noor Azriel Baharudin mengundang p@dah selepas pemain itu dikenakan penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu selepas jawatankuasa itu bersidang hari ini.

Baljit dalam kenyataannya menjelaskan pemain berdarah campuran itu melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan membabitkan Perak FC menentang JDT di Stadium Perak, Ipoh pada 21 Mac lalu.

“Pemain itu itu dikenakan hukvman penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000 akibat daripada tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan terhadap pengadil, Noor Azriel Baharudin apabila menyentuh dada pengadil berkenaan menggunakan kedua-dua tangannya selepas perlawanan menentang Perak FC itu.

“Jawatankuasa memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 Kod ini di mana pemain ini dikenakan penggantungan satu perlawanan terlebih dahulu dan baki satu lagi perlawanan adalah ditangguh tertakluk kepada kelakuan baik pemain ini dalam tempoh lapan bulan dari tarikh surat diterima,” katanya.

Mengulas mengenai penggantungan dua perlawanan itu, Baljit berkata pemain itu digantung secara automatik bagi aksi Liga Super membabitkan JDT menentang Melaka United FC pada malam esok.

“Baki satu lagi perlawanan adalah ditangguhkan terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik pemain ini. Jika pemain ini didapati bersalah mengulangi kesalahan yang sama, baki hukvman penggantungan satu perlawanan ini akan berkuatkuasa dengan serta-merta.

sumber : BH

“Pemain ini juga diberi am@ran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Hanya keputusan berkaitan hukvman denda dibenarkan untuk rayuan,” katanya.