Paulo Sergio sekali lagi mengecewakan peminat Safawi

Pemain kebangsaan, Safawi Rasid terus kempunan untuk membuat penampilan sulung di Liga Primeira, Portugal.

Ia selepas pemain berusia 23 tahun itu sekali lagi hanya mem@naskan bangku simpanan Portimonense SC ketika pasukan itu menewaskan Nacional 1-0 hasil jaringan Fabricio dos Santos, sebentar tadi.

Ia kali ketiga Safawi berada di bangku simpanan selepas turut tersenarai ketika aksi berdepan FC Porto dan Leiria dalam aksi pusingan ketiga Taca de Portugal, 21 November lalu.

Dia yang dipinjamkan selama semusim dari Johor Darul Ta’zim (JDT) setakat ini terlepas enam perlawanan Portimonense termasuk lima aksi liga dan satu perlawanan Taca de Portugal selepas tiba di negara itu pada awal Oktober lalu.

Tindakan pengendali Portimonense, Paulo Sergio tidak memasukkan Safawi berdepan Nacional sekali lagi meng3cewakan peminat di negara ini yang tertunggu-tunggu penampilan pertama pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.

sumber : BH

Malah, sama seperti sebelum ini, pelbagai komen ditinggalkan peminat di laman sosial kelab Portimonense walaupun perlawanan itu belum berakhir.