Pemain Kedah pula buat hal

Mungkin sudah tiba masa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenakan tindakan lebih tegas ke atas pemain yang melakukan kekasaran atau
sentuhan terhadap pengadil selepas hukuman yang dikenakan dalam kes sebelum ini langsung tidak ‘mengg3runkan’ mereka.

Kelmarin, pemain tengah Kedah, Fadzrul Danel Mohd. Nizam dilayangkan kad merah ketika pasukannya tewas 1-2 kepada Terengganu FC dalam aksi Liga Super selepas menolak pengadil perlawanan, Noor Azriel Baharudin, empat minit memasuki waktu kec3deraan.

Lebih mal@ng, dua pemain Lang Merah menerima kad kuning dalam tempoh dua minit selepas pertahanan mereka, Rodney Celvin turut dibuang padang kerana mengasari pemain lawan setelah gagal dalam perebutan bola.

Musim ini, tiga kes melibatkan kek@saran terhadap pengadil dilakukan pemain dalam Liga Malaysia (Liga M), dua daripadanya terlepas hukvman dan satu dikenakan tindakan yang agak ‘ringan’.

Striker Kelantan FC, Jack Hindle hanya diberi am@ran selepas menolak pengadil hingga jatuh dalam aksi Liga Perdana
menentang Perak II pada 6 Mac.

Amaran turut dikeluarkan kepada pemain Melaka United yang membaling bola ke arah pengadil pada saingan Liga Super bertemu Petaling Jaya City (PJ City), 10 Mac lalu.

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa digantvng dua perlawanan dan didenda RM10,000 kerana menyentuh dada pengadil dalam perlawanan tegang Liga Super men3ntang Perak pada 21 Mac.

Begitupun, Natxo hanya menjalani satu penggantvngan, manakala satu lagi ‘ditangguhkan’ bergantvng kepada kelakuan baik pemain.

Tindakan menyentuh pengadil dianggap kesalahan besar buat badan bola sepak Asia, AFC.

Penjaga gol JDT, Farizal Marlias pernah digantvng 12 bulan dan did3nda AS$40,000 (RM171,000) kerana menolak pengadil dari China, Fu Ming dalam aksi Piala AFC men3ntang kelab Filipina, Ceres Negros FC pada 31 Mei 2017.