Pemain Kelantan FC dapat bonus

Gembira dengan kemenangan 2-0 ke atas Kelantan United Football Club (KUFC), di sini, petang semalam, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM1,000 kepada setiap pemain dan kakitangan pasukan.

Pengumuman itu dibuat selepas mereka mengatasi pasukan lawan jiran hasil jaringan peny3rang import, Jack Raymond Hindle dan Nurshamil Abd Ghani dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV.

Norizam mengumumkan pemberian bonus itu melalui akaun Facebook miliknya, Zamsaham dengan kapsyen ‘saya terharu dengan kesungguhan kamu semua!’.

Pengumuman itu turut dimuatnaik pada akaun rasmi Facebook TRW Kelantan FC sebaik tamat aksi tetangga itu.

Kelantan FC kini melonjak di kedudukan keempat carta liga dengan mengumpul 10 mata selepas enam perlawanan musim ini.