Peminat bola sepak negara diminta bersabar

Peminat bola sepak negara diminta bersabar ekoran keputusan kerajaan menangguhkan Piala Malaysia ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berlangsung.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tujuan kerajaan berbuat demikian kerana sukan itu banyak membabitkan sentuhan yang tidak dapat dielakkan.

“Sekiranya jumlah C0V!D-19 kita berkurangan dengan cepat, Insya-Allah ia (Piala Malaysia) akan kembali seperti biasa.

“Kita hanya lakukan yang terbaik untuk memutuskan rantaian C0V!D-19,” katanya dalam sidang akhbar keselamatan COVID-19, hari ini.

Kata Ismail Sabri, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah membentangkan mengenai sukan bola sepak dalam mesyuarat khas dan merasakan ia adalah sukan berisiko tinggi dalam jangkitan C0V!D-19.

“Pemain berpeluh dan bermain lasak jadi bila berlaku sentuhan, ia akan lebih bah@ya.

sumber : BH

“Berbanding sukan lain, seperti badminton, bola sepak memang tidak dapat elak daripada bersentuhan. Oleh itu kita tidak benar perlawanan berlangsung dan Piala Malaysia ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan nanti,” katanya.