Pencarian jurulatih baharu TRW – zamsaham

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengesahkan akan berusaha mendapat ketua jurulatih baharu bagi membimbing pasukan itu mengharungi kempen Liga Perdana pada musim depan.

Norizam yang terkenal dengan julukan Zamsaham menegaskan kelibat pengendali skuad The Red Warriors , Yusri Che Lah masih bersama pasukan itu dan akan bergandingan dengan ketua jurulatih yang baharu.

Kita akan ambil jurulatih yang baharu dan akan digandingkan bersama Yusri (Che Lah). Itu lebih penting untuk memantapkan lagi barisan kejurulatihan. Belum pasti lagi sama ada jurulatih import atau tempatan dan bila tiba masanya nanti saya akan umumkan, katanya selepas menyaksikan @ksi Johor Darul Ta’zim II (JDT II) menent@ng Kelantan FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.

Mengulas berhubung prestasi skuad itu dalam saingan liga, Norizam tampak berpuas hati dengan prestasi barisan pemain yang sedia ada walaupun dibarisi pemain muda yang menunjukkan k0mitmen tinggi dalam setiap perlawnan.

Malah katanya, k0mitmen dan semangat berpasukan yang ditunjukkan setiap pemain walaupun skuad TRW tidak dibarisi pemain berstatus `bintang’ namun kesungguhan mereka yang mahu mencari kemen@ngan amat membanggakan.

Selepas saya masuk dalam Kelantan FC, banyak perubahan berlaku dalam pasukan itu. Kita lihat sendiri daripada tiga mata dan dalam keadaan bergelut di dasar liga, mereka berjaya keluar daripada kelompok bawahan untuk meraih 12 mata, katanya.

Norizam juga mengakui Kelantan FC yang akan bersaing dalam kancah Piala Malaysia tidak perlu takut tatkala akan menent@ng pasukan yang hebat terutama daripada pasukan yang berada dalam saingan Liga Super.

Sumber : HM

“Bola itu bulat. Saya harap bola itu menyebelahi Kelantan FC. Apapun kita tidak mengaku kalah sebaliknya tetap akan beri saingan kepada mana-mana pasukan yang diundi akan menent@ng pasukan saya,” kata Norizam.