Sukan

Pengumuman Khas empat muka baharu JDT

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengorak langkah dalam memperkasakan cabaran pasukan berkenaan apabila bakal menandatangani empat muka baharu pada tahun 2022.

Tanpa mendedahkan nama empat pemain berkenaan, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan kelab berkenaan bakal membuat pengumuman khas berhubung kemasukan empat pemain berkenaan, menerusi satu sidang media khas pada Khamis ini.

Baginda turut bertitah bahawa JDT bakal memeterai perjanjian dengan sebuah jenama antarabangsa yang terkemuka dan pengumuman berhubung perkara berkenaan turut akan dimaklumkan pada sidang media khas berkenaan.

“Kami telah menandatangani empat orang pemain untuk musim 2021 serta empat lagi pemain (dua naturalisasi dan satu pemain import) untuk musim 2022,” titah Tunku Ismail yang juga Pemangku Raja Johor, menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebook JDT, Johor Southern Tigers malam ini.
Tunku Ismail turut mendedahkan skuad H@rimau Selatan mengikat empat muka baharu bagi membantu pasukan berkenaan mengharungi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

sumber : HM

Baginda sebelum ini mengesahkan JDT berjaya mendapatkan khidmat pemain Liga Mexico, Tijuana iaitu Camilo Da Silva Sanvezzo dan pemain tengah negara Muhammad Daniel Amier Norhisham, adalah antara beberapa muka baharu yang sah menyertai JDT pada musim hadapan.