Penyelamat Kelantan FC

Jaringan minit akhir pemain gantian, Nurshamil Abd Ghani menyelamatkan ‘air muka’ Kelantan FC apabila mereka meraih kemenangan 2-1 ke atas Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Marco Ragini yang dibarisi tiga pemain import dalam kesebelasan utama itu jelas terpaksa ‘bermandi peluh’ sebelum menang tipis ke atas skuad yang dibarisi majoriti ‘ubi muda’ itu.

Malah, mereka terpaksa bangkit apabila ketinggalan seawal minit keenam apabila tuan rumah terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi penyudah Azhad Harraz.

Namun, mereka kembali menyamakan kedudukan dua minit berselang hasil jaringan Mior Dani Armin Mior Ariffin.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan satu mata buat kedua-dua pasukan, Shamil memastikan Kelantan FC pulang dengan tiga mata apabila mel3dak gol kemenangan pada minit ke-90.

Kemenangan ini membolehkan The Red Warriors meraih tiga mata pertama musim ini selepas tumbang 1-0 di tangan Perak FC II pada aksi pertama, minggu lalu.

sumber : BH

Selepas ini, Kelantan FC akan menentang PDRM sementara Skuad Projek FAM-MSN pula dijadual bertemu Selangor FC II (SFCII).