Sukan

Penyokong Kedah Fanatik habis – Rozaimi

Peny3rang baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rozaimi Abd Rahman berazam untuk membuktikan kemampuannya kepada penyokong skuad Hijau Kuning dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC pada musim depan.

Bekas pemain Sabah dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) ini berkata beliau sangat teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong skuad Lang Merah itu pada setiap perlawanan sebelum ini.

“Penyokong Kedah adalah penyokong fanatik jika dibandingkan dengan mana-mana penyokong pasukan lain yang saya lihat. Tapi bagi saya memang penyokong Kedah fanatik habis.

“Justeru, untuk saingan musim depan, saya mahu pastikan aksi terbaik dipamerkan untuk mereka (penyokong Kedah). Ini sudah pasti akan mendorong saya terus bekerja keras dan mesti bersungguh-sungguh untuk mereka.

Rozaimi juga mengakui selain reputasi pasukan dan pengaruh penyokong, hasratnya untuk bersama KDA FC yang tersimpan selama ini menjadi pendorong untuk beliau memilih bersama skuad Hijau Kuning.

“Saya pilih Kedah sebab memang sudah menjadi sasaran sebelum ini. Disamping itu, ramai pemain yang saya kenali dalam pasukan Kedah turut memberi galakan. Tiada masalah untuk berhijrah ke Kedah kerana saya juga hendak mencari pengalaman,” katanya.

sumber : BH

Dalam perkembangan yang sama, Rozaimi turut mengakui dengan kembalinya kehadiran penyokong sebanyak 10 peratus yang dibenarkan ke stadium pada musim depan pastinya menyuntik semangat berganda buatnya.