Perak FC, PJ City FC Sekadar berkongsi mata

PERAK FC memulakan langkah aksi pertama Liga Super 2021 apabila sekadar mengutip satu mata apabila diikat PJ City FC di laman sendiri di Stadium Perak, di sini, pada Ahad.

Perlawanan pada babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan cuba mengatur gerak mencari beberapa peluang menerusi s3rangan ke kubu lawan masing-masing.

Peluang Perak FC singgah pada minit ke-12 menerusi sepakan percubaan oleh Careca di luar kotak penalti yang berjaya ditampan keluar penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Selang beberapa minit kemudian, PJ City FC mengasak kubu pertahanan tuan rumah namun berjaya disekat benteng yang diketuai Kapten Pasukan Perak FC, Shahrul Saad.

sumber : SH

PJ City FC kemudian memperoleh peluang menerusi percubaan M Kogileswaran Raj namun sepakannya tersasar ke sebelah kanan gawang Perak FC.