Perak FC rebah lagi

Ketinggalan awal di babak pertama, Penang FC bangkit untuk menundukkan Perak FC 2-1 dalam perlawanan ke-6 Liga Super 2021, di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Gol oleh penyrang Penang, Casagrande dan bek tengah, Rafael Vitor telah berjaya memberikan kemenangan berharga buat mereka di laman sendiri dan meneruskan rentak belum tewas dalam empat perlawanan berturut-turut sejak Mac lalu.

Penang membuat dua perubahan daripada skuad yang menew@skan Selangor dengan kemasukkan semula kapten, Azmi Muslim yang tampil kali pertama kembali dalam kesebelasan utama dan juga Ryuji Utomo yang kembali daripada kecedraan.

Untuk Perak, tiga perubahan telah dilakukan oleh pengendali, Chong Yee Fatt dengan kemasukkan semula Leandro dos Santos yang digantung perlawanan ketika berdepan Johor Darul Ta’zim, Farhan Roslan dan juga Rafiuddin Roddin.

Penang bermula agak goyah apabila kerap dianc@m oleh jentera ser@ngan Perak yang digerakkan oleh Careca. Selaku fokal serangan pelawat, Careca dilihat kerap berada sama ada di kiri atau kanan jentera serangan ketika asakan dilakukan.

Jika dalam aksi sebelum ini H@rimau Kumbang dilihat bermain lebih teratur, permulaan babak pertama berdepan The Bos Gaurus sangat kurang meyakinkan. Begitupun, tuan rumah berhasil membuat satu percubaan terkena palang menerusi Casagrande.

Lamunan Penang tersentak di minit ke-12 apabila Careca berjaya menanduk masuk gol pertama pelawat.

Ia bermula di sudut kiri gawang tuan rumah yang menyaksikan lambungan ke belakang oleh Sergio Aguero melewati jangkauan Sam Somerville.

Benteng Perak dilihat langsung tidak digugat sepanjang perlawanan babak pertama apabila setiap asakan yang cuba digerakkan oleh jentera tengah Penang berjaya dikekang sebelum berjaya memasuki kawasan defensif third mereka.

Ini menyaksikan Penang hanya mampu melakukan percubaan jarak jauh ke gawang yang dikawal oleh Hafizul Hakim.

Sheriddin Boboev antara yang membuat percubaan jauh yang hampir mengelirukan penjaga gol Perak itu di minit ke-15.

Penang meningkatkan intensiti permainan mereka selepas ketinggalan dan ianya bertambah rancak menuju ke penghujung babak pertama.

Akhirnya tuan rumah berjaya mencetak jaringan penyamaan di minit ke-43 menerusi Casagrande.

Ia bermula dengan rembatan luar kotak oleh Danial Ashraf yang terbias pemain pertah@nan Perak dan seterusnya disambar Casagrande dengan rembatan rendah untuk menewaskan Hafizul Hakim untuk gol pertamanya dan Penang malam ini.

Kedua-dua pasukan bermula sedikit perlahan di babak kedua dengan kebanyakkan pertempuran kedua-dua pasukan berlaku di kawasan middle third.

Kawasan tengah yang kompak menyaksikan Perak dan Penang buntu dalam cubaan mengatur asakan.

Danial Ashraf yang diharapkan untuk menjadi hub kreatif tuan rumah dilihat gagal menyerlah sebagaimana ketika berdepan Selangor.

Sementara untuk pelawat, mereka lebih mengharapkan gerakan larian pantas yang dijana oleh Careca.

Akhirnya menerusi sepakan penjuru, Penang berjaya meledak jaringan pendahuluan menerusi tandukkan susulan bek tengah, Rafael Vitor.

Ia selepas tandukan pertama yang dilakukan oleh Casagrande di minit ke-71 terbias pemain lawan.

Pasukan pelawat cuba bangkit dan seperti biasa larian Careca akan digunakan untuk membelah pertah@nan, namun kejayaannya meloloskan diri daripada pertahanan gagal disudahkan apabila Sam Somerville pantas keluar untuk nafikannya.

Menuju ke penamat, Shakir Hamzah memperolehi peluang untuk menyamakan kedudukan, namun tandukkan bek tengah itu selepas menerimanya daripada sep@kan percuma telah berjaya ditangkap kemas oleh Sam Somerville sekali lagi.

Kemenangan ini membolehkan Penang berada di kedudukan ke-4 dengan mengumpul 11 mata, berkongsi mata bersama Terengganu FC yang berkelebihan jaringan gol.