Perak Terpaksa Akur

Ketiadaan pert@hanan import, Antony Golec yang membuat keputusan men!nggalkan Perak hingga penghujung musim ini tidak mer3sahkan pengendalinya, Mehmet Durakovic.

Malah, Durakovic tetap optimis The Bos Gavrus masih ampuh untuk meneruskan saingan Piala Malaysia musim ini.

Saya hormati dan akur keputusan Golec yang memilih untuk tidak lagi bersama pasukan dan pulang ke Australia tetapi kami sudah mampu maju ke hadapan serta hanya mahu beri tumpuan kepada Piala Malaysia.

Masih ada pemain yang boleh disandarkan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Golec dan buat masa ini, saya turut menguji pemain dari Perak II.

Saya tetap mengharapkan kami mampu turunkan barisan terbaik tanpa mengambil kira siapa sahaja lawan kami kerana format kalah mati akan buatkan tiada lagi ruang buat mana-mana pasukan yang tewas.

Perak mungkin tidak dapat turun dengan kekuatan sepenuhnya kerana Hafiz Ramdan, Guiherme de Paula dan Thierry Chanta Bin masih belum pulih daripada kec3deraan dan saya cuba lihat pilihan pemain lain, katanya.

Selain itu, Mehmet mengingatkan anak buahnya supaya tidak dibuai perasaan terlalu yakin apabila berdepan pasukan berstatus Liga Perdana, Kelantan United dalam aksi pertama Piala Malaysia di Stadium Perah, Ipoh malam esok.

Biarpun lawan mereka itu sekadar menamatkan saingan di tangga ke lapan Liga Perdana, Mehmet menganggap Kelantan United pasukan yang ada kualiti tersendiri kerana ditunjangi ramai pemain berpengalaman.

Dalam saingan sebegini, semua pasukan sebenarnya sama kerana sebarang rekod lalu sudah tidak diambil kira malah siapa yang buat kesilapan, mereka akan dihvkum.

Sumber : BH

Biarpun ramai tidak berikan tumpuan kepada Kelantan United, saya pula tidak fikir sebegitu kerana mereka ada pemain senior yang bagus serta pemain import yang ada kualiti tersendiri, katanya.