Peraturan Baharu, Pemain Akan Dilayangkan Kad Merah

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bakal kuatkuasakan peraturan baharu dari segi pengadilan dimana pemain boleh dilayangkan kad merah kerana batuk dengan sengaja ketika dalam perlawanan.

Peraturan itu diperkenalkan oleh badan penggubal syarat bola sepak (IFAB) bagi membendung penularan wabak pandemik C0V!D-19 serta melindungi kesihatan para pemain dan pegawai perlawanan.

Jurucakap IFAB mengatakan batuk di hadapan pemain lain boleh dianggap sebagai satu kesalahan kerana ia mampu menyebarkan virus berbahaya di atas padang dan menyebabkan perlawanan mungkin ditunda.

Menurut garis panduan baharu, pengadil perlu membuat keputusan mengenai apakah batuk itu disengajakan dan juga mempertimbangkan jarak diantara orang yang terlibat.

Pegawai Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) turut mengesahkan peraturan itu turut akan dilaksanakan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan dan pengadil boleh mengingatkan pemain-pemain supaya tidak melakukannya.

Sementara itu, akhbar UK melaporkan di Manchester, empat individu dipenjara kerana batuk di hadapan pekerja barisan hadapan dan mendakwa mereka menghidap C0V!D-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *