Perjumpaan bersama TMJ, bagi penambahbaikan dan perubahan TRW

Kelantan tidak akan digantung daripada Liga Malaysia (Liga M) dan akan melunaskan semua hutang lapuk melibatkan bekas pemain serta jurulatih yang mencecah hampir RM2 juta.

Pemilik TRW, Norizam Tukiman berkata, beliau sudah maklum mengenai hutang lapuk melibatkan tunggakan gaji dua bekas jurulatih, Sathit Bensoh dan Marko Krajelvic serta pemain, Cassio De Jesus ketika mahu mengambil alih
pasukan.

Malah katanya, pelan pembayaran hutang ketiga-tiga individu itu telah termaktub dalam perjanjian di antara beliau dan TRW.

“Insya-Allah akan ada perubahan di bawah pentadbiran baharu ini.

“Untuk maklumat semua, saya telah bertemu dengan beberapa individu penting dalam Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) termasuklah Datuk Ab. Ghani Hassan (Ketua Pegawai Eksekutif MFL).

“Semalam, saya juga melakukan kunjungan hormat ke atas pemilik pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mendapatkan input penting bagi membawa penambahbaikan dan perubahan kepada TRW selepas
ini,” katanya ketika mengulas isu tunggakan hutang lapuk TRW.

Kelantan perlu menyelesaikan tunggakan lapuk mencecah RM2 juta atau berisiko digantung daripada Liga M, diturunkan ke Liga Amatur (Liga M3) atau dihalang melakukan pembelian pemain baharu musim depan.

Kelmarin, badan bola sepak dunia, FIFA mengarahkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membayar tuntutan gaji bekas tonggak pert@hanan, Cassio dari Brazil (RM629,620.28), Kraljevic (RM917,448) dan Sathit yang bernilai RM350,000.

Kata Norizam, beliau komited untuk mengembalikan semula kegemilangan TRW menerusi pelbagai perancangan yang telah dibuat.

Beliau berharap penyokong dapat memberikan sokongan padu untuk merealisasikan impian itu.

“Saya tahu TRW adalah ‘jiwa’ rakyat Kelantan, jadi berdiri teguhlah bersama saya untuk kita kembalikan semula TRW ke pentas tertinggi bola sepak tempatan dan antarabangsa.

“Cuma berikan saya masa, sekurang-kurangnya tiga tahun bermula dari september 2020.

sumber : UM

“Tanpa sokongan anda (penyokong), saya mungkin tidak mampu untuk membangunkan TRW,” kata Norizam.