Perkara Utama Luqman Hakim Di Belgium

Awal pagi nanti, Luqman Hakim bakal terb@ng ke Belgium bagi memulakan era baru dalam karier bola sepak beliau bersama KV Kortrijk.

Mungkin ramai yang masih tidak jelas mengenai apakah perancangan awal setibanya Luqman Hakim disana nanti.

Menurut Twitter Pemain Ke-12, Luqman Hakim telah dipersiapkan dengan 4 aktiviti utama setibanya beliau di Belgium bagi mengekalkan kecergasan beliau sebelum mencari tempat dalam skuad utama KV Kortrijk.

1. Selepas tiba di Belgium, Luqman Hakim akan menjalani proses kuar@ntin selama 14 hari.

2. Sepanjang tempoh kuar@ntin 14 hari itu, Luqman Hakim akan disediakan dengan program kecergasan oleh pihak kelab.

3. Selepas tamat tempoh kuar@ntin 14 hari tersebut, Luqman Hakim akan berjumpa dengan keluarga angkat beliau di Belgium.

4. Kemudian, Luqman Hakim akan mula menjalani latihan bersama skuad bawah umur KV Kortrijk (dijangkakan skuad bawah 21 tahun) terlebih dahulu sebelum diserap masuk kedalam kem pasukan senior kelab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *