Perkembangan positif – Aidil

Pengendali Kedah Aidil Sharin Sahak menganggap perkembangan yang dimaklumkan oleh kerajaan berkaitan pertimbangan cadangan kelonggaran aktiviti sektor sukan dan rekreasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) satu perkembangan positif buat industri bola sepak di Malaysia.

Menurut Aidil, berita dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu disambut baik dengan melihat usaha yang dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui perbincangan dengan pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mampu memberi satu sinar baharu buat Liga Malaysia musim ini.

“Saya bersama pengurusan KDA FC gembira dan menyambut baik perkembangan terbaru dari MKN berkenaan cadangan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kelonggaran sektor sukan dan rekreasi termasuk industri bola sepak.
“Dengan isyarat positif berkaitan pertimbangan yang sedang dibuat ini, ia satu berita baik buat industri sukan dan sudah pasti memberi sedikit melegakan semua pihak yang terbabit

“Ini semestinya satu perkembangan yang baik dan menyuntik motivasi pemain terutama skuad Kedah Darul Aman FC selepas usaha berterusan yang dilakukan oleh pihak KBS, MFL, FAM sebelum ini.” katanya.

Aidil juga meluahkan harapannya agar liga bola sepak di Malaysia terus mendapat perhatian dan seterusnya mendapat kebenaran untuk diteruskan seperti yang dirancangkan MFL dan FAM pada musim ini.

“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam usaha memohon kelonggaran dalam tempoh PKP ini, dan kepada pihak FAM dan MFL, saya yakin mereka sentiasa bekerja keras untuk memastikan setiap aspek SOP ketat akan terus dipatuhi dan semoga bola sepak Malaysia terus diberi perhatian dan dapat dianjurkan.

“Semua usaha ini bukan suatu yang mudah, namun pengalaman yang dilalui oleh semua pasukan pada musim lalu dalam mengamalkan SOP yang ketat memberi kelebihan buat pengurusan dan kelab terbabit untuk sekali lagi melakukannya pada musim ini.

sumber : HM

“Dengan situasi Co v!d-19 yang masih belum tamat, setiap individu terbabit perlu mengambil langkah lebih serius terhadap peraturan SOP yang dikeluarkan oleh MKN nanti,” katanya.