Perlawanan bertemu buku dengan ruas

Selepas kec3wa gagal mengutip tiga mata di halaman sendiri Sabtu lalu, pasukan Selangor FC kini berdepan laluan cukup berliku apabila dijadual men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Rabu ini.

Pertemuan kedua-dua pasukan dianggap sebagai perlawanan bertemu buku dengan ruas ekoran sejarah dan kegemilangan panjang dimiliki Red Giants dalam saingan Liga Malaysia, disamping skuad H@rimau Selatan yang dilabel pasukan paling berjaya sejak 10 tahun lalu.

Lantas, perlawanan ini bakal menjadi tumpuan buat seluruh peminat bola sepak tempatan dengan ketua pasukan Selangor FC, Brendan Gan mahu rakan sepasukannya bangkit pada aksi keempat Liga Super itu.

Jelas Brendan, dia sentiasa positif dan berharap pasukannya dapat memperagakan aksi lebih baik selepas hanya sekadar mengutip satu mata ketika seri 1-1 dengan Kuala Lumpur City FC, Sabtu lalu.

“Kami sentiasa positif dan tidak akan mudah berpuas hati. Dah tiba masanya untuk memberi tumpuan kepada perlawanan berikutnya dan kekal fokus untuk melepasi halangan berikutnya,” katanya.

Selangor yang muncul gergasi bola sepak tempatan sejak sekian lama dengan kejayaan menjulang sebanyak 33 kali trofi Piala Malaysia kini memerlukan kemenangan bagi mengubah kedudukan pasukan di pertengahan Liga Super.

sumber : HM

Selepas mengharungi tiga aksi, anak didik Karsten Neitzel itu berada pada tangga keempat dengan empat mata, ketinggalan lima mata di belakang JDT yang gah di puncak liga mengumpul sembilan mata.