Perlawanan ulangan dianggap epik

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak tetap tenang selepas Kedah diundi dalam saingan mavt men3ntang Pahang bagi saingan Piala Malaysia bermula 6 November ini.

Ia bagaikan perlawanan ulangan dianggap epik dengan skuad Lang Merah dan Tok G@jah masing-masing pernah mencatat sejarah dengan keputusan 8-8 secara agregat di peringkat separuh akhir musim lalu yang menyaksikan Kedah layak ke final.

Menurutnya, segala perancangan dan persiapan sedang diusahakan bagi memastikan Kedah bersedia menghadapi laluan sengit berdepan g3rgasi Pantai Timur itu dalam usaha melayakkan diri ke peringkat suku akhir musim ini.

Pertembungan dengan Pahang bagaikan ulangan dan kami perlu tenang kerana bakal berdepan aksi s3ngit dengan kekuatan Pahang yang mampu memberi cabaran besar buat kami meskipun pada saingan musim lalu kami menang dengan peraturan gol di tempat lawan dan berkesudahan dengan agregat 8-8.

Perlawanan kali ini juga bakal menyaksikan aksi menarik dari kedua-dua pasukan dan sudah pasti pemain dan juga penyokong tidak sabar menantikan pert3mbungan pusingan pertama ini yang dianggap perlawanan akhir.

Saya berharap pemain dapat mengambil peluang sebaiknya beraksi di laman sendiri dan pada masa yang sama terus memperbaiki mutu persembahan dalam format kalah mat@ ini, katanya.

sumber : BH

Aidil yang membawa Kedah ke pentas akhir Piala Malaysia musim lalu turut mengakui skuadnya harus berwaspada dengan kehebatan dimiliki skuad bimbingan Dollah Salleh yang berhasrat mahu bangkit selepas gagal melepasi saingan separuh musim lalu.