Perlawanan yang agak unik, jika dua pemain berkenaan disenaraikan

Buat pertama kalinya dalam sejarah perl@wanan liga utama Portugal bakal menjadi tumpuan ramai esok apabila peminat bola sepak tanah air bakal menyaksikan kali pertama bintang negara yang beraksi bersama Portimonense SC, Safawi Rasid turun beraksi menentang Maritimo.

Perl@wanan yang boleh dikatakan agak unik itu turut menyaksikan jagoan Brunei, Faiq Jefri Bolkiah kemungkinan turut disenaraikan mewakili Maritimo selepas dibawa masuk oleh kelab berkenaan baru-baru ini.

Sudah tentu jika dua pemain berkenaan disenaraikan, ia akan mencuri tumpuan peminat bola sepak Asia Tenggara untuk melihat bintang masing-masing beraksi kali pertama dalam liga utama Portugal itu.

Aksi penjaring terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu yang kali pertama beraksi di liga Eropah dinantikan ramai pihak sementara status sebagai pemain bola sepak paling kaya di dunia yang dimiliki oleh Faiq menambah seri lagi perl@wanan itu.
Mengikut rekod, kedua-dua pemain berkenaan pernah bertemu pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan Malaysia berjaya menundukkan Brunei 2-1.

Walaupun ada pihak yang mengatakan agak sukar untuk melihat kedua-dua pemain bertembung pada perl@wanan esok atas beberapa faktor namun perkara terbabit akan terjawab segalanya pada perlawanan esok.

Ramai peminat yang menaruh harapan tinggi untuk Safawi berkembang lebih maju selepas berjaya membuktikan apa yang dimilikinya dalam kejohanan berprestij seperti Liga Juara AFC ketika bersama JDT.

Untuk rekod, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas peny3rang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, Ogos lalu.

sumber : HM

Safawi, 23, berhijrah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu dan kemungkinan ditawarkan kontrak sambungan jika prestasinya berjaya memikat barisan jurulatih.