Pertemuan dengan Penang FC, Aidil mahu nilai semula

Biarpun lega Kedah Darul Aman (KDA) akhirnya mencatat kemenangan pertama Liga Super, namun Aidil Sharin Sahak menyeru pemainnya meningkatkan permainan menjelang pertemuan dengan Pulau Pinang, Jumaat ini.

Kata jurulatih dari Singapura itu, waktu yang singkat sebelum perlawanan seterusnya membuatkan skuad Hijau Kuning perlu segera memulihkan kecergasan dan fokus.

Kami baru memasuki perlawanan kedua. Selepas ini kami hanya ada dua hari untuk membuat persiapan men3ntang Pulau Pinang.

“Kami perlu menilai semula siapa yang mencapai tahap kec3rgasan ditetapkan sebelum berangkat dengan 20 pemain terbaik,” katanya.

Kedah bangkit daripada kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi pembukaan dengan menumpaskan Sabah 2-0 di Stadium Darul Aman malam tadi.

Semua pemain bekerja keras untuk meraih kemenangan pertama. Perkara paling penting buat kami adalah meraih tiga mata di laman sendiri.

Sabah memberi saingan hebat walaupun tidak memiliki import penuh. Kita boleh lihat mereka memberi tentangan menerusi asakan pemain tempatan terutama pada babak kedua.

“Sabah memiliki dua striker yang hebat iaitu Amri Yahyah dan Bobby Gonzales. Mereka memiliki corak s3rangan balas bagus, namun barisan pertahanan dan dua pemain tengah kami menunjukkan kemampuan yang diharapkan,” katanya selepas perlawanan.

sumber : UM

Gol kemenangan KDA FC masing-masing dijaringkan Kipre Tchetche pada minit ke-15 dan Kpah Sherman lima minit kemudian.