Prestasi hambar Sri Pahang FC, Dooley dan penolongnya direhatkan

Kelibat Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Thomas Dooley dan penolongnya, Christophe Gamel tidak akan dapat dilihat pada aksi Liga Super pasukan berkenaan berdepan Melaka United (FC (MUFC) di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.

Sumber memberitahu, kedua-duanya direhatkan berikutan prestasi hambar skuad Tok G@jah apabila t3was dalam dua perlawanan berturut-turut sebelum ini. Berikutan itu, tugas sebagai pengendali akan diambil alih sementara oleh pengurus pasukan, Dollah Salleh.

“Apa yang boleh saya katakan ialah Dooley dan Gamel tidak bersama Sri Pahang ke Melaka dan direhatkan buat seketika. Tugas Dooley akan diambil alih oleh Dollah pada perlawanan malam ini dan diharapkan ia tidak menjejaskan misi meraih tiga mata,” katanya.

Dalam dua aksi terdahulu, Sri Pahang FC tewas 1-3 kepada Selangor FC di Petaling Jaya, sebelum disululi 0-2 kepada Perak FC di laman sendiri.

Keputusan merehatkan Dooley dan Gamel itu dianggap mengejutkan kerana saingan Liga Super baru saja memasuki dua perlawanan.

sumber : BH

Selain Dooley dan Gamel, Sri Pahang turut melantik Ahmad Yusof sebagai penolong ketua jurulatih manakala Ahmad Shaharuddin Rosdi dan Sharulnizam Sahat selaku penolong jurulatih.