Proses pelesenan kelab Perak FC akan terjejas musim depan

MFL mengakui tidak menerima sebarang laporan daripada para pemain berhubung dakwaan dua bulan tunggakan gaji yang dihadapi pasukan Perak FC dan Perak FC II.

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata sekiranya dakwaan itu benar, ia mungkin menjejaskan pelesenan kelab kedua-dua pasukan bagi mengharungi kempen Liga Malaysia pada musim hadapan.

Beliau berkata pihaknya sedang menguruskan proses pelesenan kelab bagi musim 2022 yang bakal diketahui statusnya pada Jun depan.

“Saya berharap agar masalah pembayaran gaji bagi semua pasukan tidak berlaku lagi,” katanya kepada Bernama.

Pengurusan kedua-dua pasukan berdepan masalah pembayaran gaji pemain sehingga menyebabkan mereka belum menerima gaji bagi Februari dan Mac.

Namun, setakat ini, pengurusan Perak terus membisu dan tiada penjelasan diberikan berhubung dakwaan tersebut.

MFL selaku badan pengelola liga dan FAM yang mempunyai kuasa terhadap mana-mana pasukan yang gagal membayar gaji pemain masih tidak mengambil sebarang tindakan atau sekurang-kurangnya menjalankan siasatan terhadap Perak.

sumber : FT

Sedangkan, Melaka yang dikenakan tindakan pemotongan tiga mata bulan lalu selepas gagal mematuhi jadual pembayaran gaji bagi bulan Februari pasti akan merasakan tidak adil.