Sukan

Puas bersabar dengan segala tuduhan, KAFA saman Penyokong

Sudah puas bersabar dengan segala tuduhan dan tohmahan di media sosial akhirnya pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang didapati menuduh badan induk bola sepak negeri terbabit dengan pen!puan.

Setiausaha Agung KAFA Hussin Deraman berkata, ketika ini seorang pengguna Facebook akan berhadapan tindakan saman berikutan mengeluarkan kata-kata cacian dan tuduhan hingga menjatuhkan reputasi badan induk bola sepak negeri itu.

Beliau berkata, KAFA tiada kaitan dengan dakwaan terdapat empat dalang yang menyebabkan kerosakan terhadap Kelantan FC hingga terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit.

Kami tetap mengambil tindakan undang-undang kepada beberapa individu yang dikenal pasti mengeluarkan kenyataan menjatuhkan reputasi KAFA.Tindakan itu perlu dilakukan demi menjaga maruah KAFA yang sebenarnya tiada kaitan dengan empat individu terbabit kerana tidak pernah mencampuri segala urusan Kelantan FC.

Setakat ini, seorang pengguna Facebook sudah disaman atas tindakan melampaunya dan selepas ini akan ada lagi menerima nasib sama, katanya.

Sebelum ini, saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021 belum lagi bermula namun ketika ini bertiup kencang terdapat empat dal@ng yang menyebabkan ker0sakan terhadap Kelantan FC hingga terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit.

Menurut kenyataan media penasihat undang-undang TRW Kelantan FC memaklumkan bahawa nama empat individu terbabit tidak diumumkan berikutan sudah membuat permoh0nan maaf.

sumber : HM

Empat individu terbabit dikatakan cukup dikenali dalam arena bola sepak tempatan dan sering terbabit secara langsung bersama pasukan Liga M.