R0mbakan Skuad Harim@u Selatan

Johor Darul Tazim (JDT) pasti membuat r0mbakan kecil di posisi tengah selepas kapten pasukan, Hariss Harun tidak dapat diturunkan berdepan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Kemungkinan besar pengendali skuad Harim@u Selatan, Benjamin Mora akan meletak gandingan tiga serangkai – Natxo Insa, Afiq Fazail dan Leandro Velazques mengemudi jent3ra tengah.

Malah Mora juga memiliki banyak pilihan sama ada mahu menurunkan pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi atau mempertaruhkan kelibat Syamer Kutty Abba dan Nazmi Faiz Mansor yang turut mampu memberi persembahan mantap di posisi tengah.

Apa jua perancangan pengendali kelahiran Mexico itu, kemenangan amat ditagih buat skuad yang bergelar juara liga enam musim berturut-turut ketika masih menghuni tangga teratas selepas mengharungi empat perlawnan dengan mengumpul 10 mata.

Kelibat pemain sensasi, Safawi Rasid yang dikhabarkan dipinang kelab dari Portugal, Portimonense SC pasti menyuntik lagi semangat pemain muda kelahiran Dungun itu untuk memperagakan aksi terbaik bagi membantu JDT membawa pulang tiga mata.

Pastinya gandingan Safawi iaitu, Gonzalo Cabrera dan Diogo Luis Santo akan terus menjadi pertaruhan skuad Harim@u Selatan untuk mer0boh benteng skuad Tok Gaj@h yang tampak ampuh walaupun dikhabarkan pemain pertahanan Herold Goulon dibelenggu k3ceder@an.

Walaupun kemenangan menjadi burvan JDT, benteng pertahanan pasukan itu yang mungkin mempertaruhkan gandingan Matthew Davies di posisi bek kanan, Corbin di posisi bek kiri manakala Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mauricio Nascimento akan mengukuhkan benteng tengah tidak boleh alpa dan melakukan kesilapan mudah bagi mengelak dipalit kekalahan.