Rahsia dalam ‘poket’ Higashiyama

Pengendali Kelantan United, Akira Higashiyama optimis mampu mengecewakan Kuching City FC dalam  aksi Liga Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.

Keyakinan Higashiyama untuk menumpaskan Kuching City FC berpandukan kepada pengalaman mengemudi pasukan itu musim lalu.

“Saya kenal hampir semua pemain pasukan lawan dan memahami gaya permainan mereka, namun mereka (Kuching City) telah mengambil jurulatih dan staf baharu, ini bermakna mereka juga ada corak taktikal dan sistem yang baru, jadi saya perlu waspada,” katanya.

Higashiyama memberitahu, Kelantan United mahu merebut mata penuh pada perlawanan itu nanti.

Katanya, tiga mata itu amat penting buat mereka dalam mengkukuhkan kedudukan dalam carta Liga Perdana musim ini.

“Saya mahu pemain memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang perlawanan itu nanti.

sumber : UM

“Kami mahu melangkah gagah dengan keluar sebagai pemenang,” ujarnya.