Safawi dan Luqman kongsi tarikh yang sama

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa dua bintang muda s3nsasi negara, Safawi Rasid dan Luqman Hakim Shamsudin menyambut ulang tahun kelahiran pada tarikh yang sama iaitu hari ini, 5 Mac.

Malah, kelab kedua-dua pemain itu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KV Kortrijk turut menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kepada mereka menerusi laman kelab masing-masing.

Sambutan ulang tahun ke-24 Safawi bagaimanapun tampak lebih bermakna tahun ini sekiranya JDT berjaya meraih kemenangan dalam aksi Piala Sultan Ahmad Shah berdepan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Menerusi komen peminat JDT di laman sosial Facebook kelab berkenaan, JOHOR Southern Tig3rs turut mengharapkan JDT dapat memberi hadiah hari lahir yang bermakna buat Safawi dengan menewaskan Helang Merah dan merangkul kejuaraan Piala Sultan Ahmad Shah buat kali keempat berturut-turut.

Antara beberapa komen yang dibuat pelayar media sosial termasuk pemilik akaun, Zool Hamzah yang menulis: Pastikan JDT menang malam ini untuk bagi hadiah birthday terbaik untuk Pawi.

“Ishak Kadir:”Selamat Menyambut Ulang Tahun…Safawi…Si Kidal Paling Berb!sa Di Liga Super Malaysia…

Warga JOHOR Rindu Kidal Safawi…”

Aira Azie Adiq:”Mudah-mudahan JDT menang dengan bergaya…hadiah hari lahir untuk Safawi malam ini…”

sumber : BH

Sementara itu, Luqman yang kini beraksi di Belgium bersama kelab KV Kortrijk, ulang tahun kali ini adalah yang ke-19 buat pemain muda dari Kota Bharu, Kelantan itu.