Safawi ke Portimonense SC?

Penyerang skuad kebangsaan, Safawi Rasid dilaporkan bakal berhijrah ke eropah menyertai kelab liga divisyen utama Portugal iaitu Portimonense SC menurut laporan daripada portal bola sepak negara itu, Ojogo.

Kelab kendalian Paulo Sergio itu dikatakan telah bersetuju dengan Johor Darul Ta’zim untuk menandatangani Safawi dengan beberapa klausa yang ditetapkan namun tidak mendedahkan jumlah yuran perpindahan tersebut.

Portimonense SC juga telah lama mengikuti perkembangan Safawi selama 6 bulan dan mereka menganggap pemain yang berusia 23 tahun itu merupakan antara pemain muda yang paling berbakat di Asia.

Prestasi cemerlang Safawi ketika dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 juga turut menarik minat mereka untuk menandatangani pemain tersebut.

Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua kelab itu dan jika perpindahan ini menjadi kenyataan, ia merupakan berita yang cukup mengembirakan bagi peminat bola sepak tempatan.