Safawi Rasid sah tiada dalam senarai

Nama pemain muda negara, Safawi Rasid sah tiada dalam senarai pasukan apabila kelabnya Portimonense SC turun menentang CS Maritimo di Stadium Maritimo, di Funchal, selatan Portugal, malam tadi.

Aksi Liga Primeira atau turut dikenali Liga Nos menyaksikan Portimonense SC bangkit daripada ketinggalan untuk men3waskan CS Maritimo dengan 2-1.

Safawi, 23, yang berpindah ke Portimonense SC secara pinjaman untuk semusim tidak di bawa oleh pengendali pasukan, Paulo Sergio ke gelanggang l@wan itu.

 

Sebaliknya pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu diturunkan pada aksi Liga Portugal Bawah 23 tahun (B-23) kelmarin bertemu Sporting CP yang menyaksikan Safawi dan rakan sepasukannya tewas 2-3.

Dalam perl@wanan skuad utama itu, pelawat lebih banyak menguasai aksi namun ketumpulan jentera s3rangan mengecewakan Portimonense SC.

Tuan rumah yang sesekali menyrang berpeluang meraih gol pertama namun tolakan Kibe pada minit ke-17 berjaya dihalang penjaga gol, Samuel Lima.

Bersambung babak kedua, CS Maritimo berjaya memecah kebuntuan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Rodrigo Pinho pada minit ke-51 bagi mendahului 1-0.

Bagaimanapun, Portimonense SC tidak mudah mengalah apabila bangkit dengan dua gol masing-masing menerusi kuisan Dener Gomes Clemente pada minit ke-69 dan disusuli Anderson Oliveira lima minit kemudian.

Keputusan 1-2 kekal untuk menghadiahkan tiga mata kepada pasukan Safawi sekali gus menyaksikan mereka kini mengumpul tujuh mata daripada empat aksi setakat ini.

sumber : HM

Selepas ini, Portimonense SC dijadual bertemu Desportivo Tondela pada Sabtu depan dan kemungkinan Safawi bakal diturunkan pada aksi itu nanti.