Sukan

Safawi Rasid sekali lagi tersenarai dalam skuad utama, Perlawanan jam 11 malam ini

Nama Safawi Rasid sekali lagi tersenarai dalam skuad utama Portimonense SC yang akan menentang Desportivo Nacional dalam Liga Primeira Portugal pukul 11 malam ini.

Persoalannya, apakah bintang sayap H@rimau Malaya itu akhirnya akan mendapat kepercayaan jurulatih, Paulo Sergio untuk diturunkan buat kali pertama.

Jika sebelum ini gambar Safawi menjalani latihan sering dimuatnaik Portimonense setiap kali kelab bakal menghadapi sesuatu perlawanan, namun sejak beberapa hari lalu aksi pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu tidak lagi mengisi media sosial mereka.

Malah, selepas teruk ‘di­s3rang’ penyokong Malaysia kerana Safawi tidak diturunkan dalam perlawanan menentang kelab divisyen tiga, UD Leiria pada saingan Piala Portugal, 21 November lalu,

Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Robsen Pontes tampil menenangkan keadaan.

“Safawi adalah pemain berkualiti dan jurulatih sedang membantunya untuk tampil dalam pasukan sekali gus me­raih penampilan pertama de­ngan kelab.

“Semua pihak di kelab gembira dengan kemajuan Safawi dan kami hanya menunggu masa sesuai untuk menurunkannya,” katanya kepada media Portugal beberapa hari lalu.

Selepas dua kali membawa perlawanan Portimonense secara langsung, Astro Arena tidak akan menyiarkan pertemuan menentang Nacional hari ini.

sumber : UM

Sepanjang lebih sebulan tiba di Portugal selepas dipinjamkan semusim oleh Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi hanya beraksi selama 56 minit bersama skuad bawah 23 tahun Portimonense menentang Sporting Lisbon.