Safee ­dipilih sebagai duta

PEMAIN bola sepak profesional negara, Mohd. Safee Sali tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan pasukan e-Sukan miliknya sendiri jika mempunyai peluang memandangkan indusri e-Sukan negara ketika ini mencetuskan fenomena luar biasa.

Kata Safee, ramai pihak di luar sana khususnya golongan belia cukup minat dengan permai­nan video e-Sukan dan ia adalah perkembangan positif terutama apabila industri ini menjanjikan pulangan yang lumayan.

“Secara jujur, saya lihat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas, industri e-Sukan tanah air dilihat berkembang dengan begitu pesat hingga kini diterima secara positif oleh orang ramai.

“Saya tidak menolak apa yang akan berlaku pada masa depan, namun saya akan sentiasa memantau dan mencari peluang sekiranya ada potensi untuk menubuhkan pasukan e-Sukan sendiri nanti.

“Ini kerana kita tahu industri e-Sukan menjanjikan pulangan yang cukup lumayan dan kita boleh lihat hadiah terkumpul yang diberikan oleh penganjur kini ada mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya kepada Kosmo!

Safee ditemui ketika melawat studio kejohanan Malaysia Esports Series (MES) 2021 di Puchong, Selangor kelmarin.

Buat masa ini, Safee ­dipilih sebagai duta kepada pasukan ­e-Sukan negara, Team Haq ­Esports (THQ) yang merupakan penganjur bersama kejohanan MES yang berlangsung hingga 11 April ini.

Sementara itu, pengasas THQ yang juga pengerusi kejohanan MES, Muhd. Aimanulhaq Zaharudin gembira dan cukup menghargai dengan sokongan yang diberikan oleh peny3rang pasukan Kuala Lumpur City (KL City) itu.

sumber : Konline

“Kehadiran Safee kali ini membuktikan e-Sukan juga sudah mula diterima oleh golo­ngan profesional dan saya percaya lebih ramai atlet negara akan tampil memeriahkan industri ini tidak lama lagi dengan mewujudkan pasukan sendiri,” katanya.