Safiq Rahim kini setaraf Legenda Asia

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim tersenarai bagi kategori Pemain Tengah Terbaik – Kesebelasan Utama Sepanjang Zaman Piala AFC oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Perkara ini diumumkan oleh AFC menerusi laman web rasmi mereka dimana selain Safiq, empat lagi pemain dari Asia Tenggara turut tersenarai bagi anugerah tersebut.

Safiq menjadi pemain penting bagi JDT ketika mereka memenangi saingan tersebut pada 2015 dengan men3waskan kelab Tajikistan, FC Istiklol di pentas akhir.

Selain itu, kecemerlangan Safiq pada saingan edisi 2015 memberikan beliau anugerah pemain terbaik (MVP) kejohanan dengan mengetepikan pemain lain.

Empat lagi pemain Asia Tenggara selain Safiq Rahim yang tersenarai ialab Hariss Harun (Singapura), Stephan Srock (Filipina), Nguyen Quang Hai (Vietnam) dan Therdsak Chaiman (Thailand).