Sah Lima pemain digugurkan

Pasukan Pahang mengesahkan lima pemainnya musim ini tidak akan lagi bersama skuad Tok G@jah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021.

Mereka adalah penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli, Muhammad Gopi Rizqi Rama Chandra dan R Dinesh selain Faisal Abdul Halim dan Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim.

Pengurus skuad Tok G@jah, Datuk Mohammed Suffian Awang yang mengesahkan perkembangan itu berkata kontrak lima pemain berkenaan tidak dilanjutkan.

“Ketika ini, pasukan Pahang sedang berusaha mendapatkan pemain baharu terutama memperkuatkan jentera tengah, pertahanan dan penjaga gol. Setakat ini usaha ke arah itu sedang dilakukan,” katanya.

Mohammed Suffian turut mengesahkan 12 pemain yang pernah beraksi dalam skuad Piala Presiden Pahang dan bekas pemain Shahzan Muda sudah dipilih untuk menyertai sesi latihan bersama skuad Tok G@jah.

Sumber : BH

Katanya, hanya lima pemain akan disenaraikan dengan sesi pemilihan dilakukan secara tertutup pada pertengahan bulan ini.