Sarawak United unggul di persada liga

Sarawak United unggul di persada Liga Perdana selepas berjaya men3waskan Kuching City 2-0 di Stadium Hang Jebat Paya Rumput sebentar tadi.

Anak buah E Elavarasan yang tampil bertenaga dalam misi meraih mata maksimum di laman sendiri tidak menunggu lama untuk merobek gawang pelawat menerusi jaringan bekas peny3rang Melaka United, Uche Agba pada minit kesembilan.

Gol terbabit berpunca hasil hantaran tepat pemain sayap Christie Jayaselan disambut baik Agba yang bijak melakukan tandukan men3waskan penjaga gol Mohd Iqbal Suhaimi.

Tersentak, anak buah jurulatih Irfan Bakti Abu Salim bertindak agresif untuk memburu gol penyamaan, namun percubaan Joseph Kallang Tie pada minit ke-20 dan Dzulazlan Ibrahim (m-33) tinggi melepasi palang gol.

Namun, ketika Kuching City giat berusaha mencari gol penyamaan mereka dihukum menerusi jaringan Stuart Wark pada minit ke-45 hasil sepakan sudut Changhoon Lee.

Babak kedua menyaksikan saingan lebih sengit dengan Kuching City terus cuba menggandakan asakan untuk merapatkan jurang.

sumber : BH

Bagaimanapun, empat percubaan menerusi Yuta Suzuki (m-60), Bryan Jones (m-62), Alif Hassan (m-64) dan Mohd Hairol Mokhtar (m-83) gagal memecah kebuntuan jaringan.