Satu dari utara dan satu lagi pantai timur, dua pasukan ‘risik’ vida

KUALA LUMPUR: Tiga hari selepas menyuarakan minat membeli kelab Liga Malaysia (Liga M), Datuk Seri Hasmiza Othman telah ‘dir!sik’ dua pasukan, satu dari utara dan satu lagi pantai timur.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr. Vida bagaimanapun belum menerima panggilan Kuala Lumpur yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertemu jutawan kosmetik itu bagi membincangkan isu pemilikan pasukan.

Mereka ada ‘tengok-tengok’ dan bertanya ‘Eh, betul ke?’ (untuk kepastian sama ada ­berita Dr. Vida masih berminat membeli mana-mana pasukan adalah benar).

Mereka terkejvt dan bertanyakan tentang perkara itu. Mereka kata, kalau betul baguslah, meriah balik bola sepak kita nanti.

“Tetapi mereka masih keliru, ada yang rasa macam tiada harapan (dibeli oleh Dr. Vida), begitulah,” kata Dr. Vida ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Mengenai hasrat Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mahu berjumpa dengannya dan meletakkan RM5 juta sebagai jumlah minimum perlu disediakan bagi memiliki pasukan itu, Dr. Vida mengakui, nilai tersebut agak tinggi.

Kena runding lagi harga itu. Ikut mereka sahaja tak boleh, perlu ada situasi menang-menang.

Perlu lihat pengurusan mereka bagaimana, siapa pemain, pencapaian mereka, apa aset dan banyak lagi

“Biar apabila saya membeli sesebuah pasukan, saya tahu ia berbaloi dengan wang yang dikeluarkan,” katanya.

sumber : UM

Menurut pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. itu, beliau berminat memiliki kelab bola sepak dan pengalaman menjadi penaja utama Kelantan (2016-2017) akan digunakan untuk menguruskan sebuah pasukan.