Satu penghormatan melabelkan TFC sebagai pencabar utama

Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, menyifatkan kenyataan Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail terhadap pasukannya sebagai satu penghormatan.

Pemilik kelab JDT itu semalam menerusi rancangan Bola@Mamak melabel skuad Peteh antara tiga pencabar utama kepada pasukannya untuk saingan Liga Malaysia 2021.

“Terengganu bukanlah pasukan pencabar kepada JDT, itu bukan fokus dan matlamat kami. Saya hanya mampu membuat persiapan pasukan dan memastikan aksi konsisten dalam setiap perlawanan,” kata Nafuzi.

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak, mengakui kehebatan JDT masih sukar ditandingi walaupun skuad Lang Merah turut dianggap pencabar kepada pasukan itu.

sumber : SA

“Saya masih lagi tidak melihat kami sebagai pasukan pilihan, ia mungkin kenyataan yang baik buat kami daripada Tunku Ismail namun kami memberikan tumpuan kepada permainan kami,” kata Aidil.