Satu perkara yang kelakar – Sumareh

Ini perkara yang melucukan. Itu reaksi Pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh selepas mendapat perkhabaran bahawa bekas majikannya, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengenakan penggantungan dua tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak ke atas dirinya.

Malah, pemain berasal dari Gambia itu turut mempersoalkan mengenai hukvman terbabit oleh PBNP selepas dia membatalkan kontrak bersama pasukan berkenaan berikutan masalah gaji.

Sumareh yang kini beraksi bersama Police Tero FC berkata, dia mengakui hukvman terbabit adalah kali pertama pernah didengari olehnya sepanjang berkecimpung dalam arena bola sepak apabila badan induk bola sepak negeri mengenakan hukuman penggantungan terhadap pemain mereka.

Siapa yang mengenakan penggantungan kepada saya? PBNP? Bagaimana mereka boleh menggantvng pemain yang membatalkan kontrak dengan mereka. Ini satu perkara yang kelakar.

Saya tidak mahu komen lebih lanjut berkaitan hukuman terbabit kerana saya tidak dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan tiada siapa yang memberitahu mengenainya.

Sekarang ini saya mahu fokus kepada latihan supaya disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan akan datang. katanya, ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Selain itu, Sumareh juga memberitahu bahawa dia ada menerima notis daripada PBNP untuk menjawab pertuduhan yang dikenakan namun dia tidak dapat hadir atas alasan yang munasabah.

Ya, saya terimanya (notis). Saya memberikannya kepada peguam dan meminta mereka berhubung dengan peguam saya. PBNP tahu saya berada di Thailand tetapi meminta saya hadir untuk mengadakan pertemuan.

Bagaimana saya mahu hadir kerana saya sudah berada di sini. Mengapa mereka yang berbincang dengan saya kerana apa sahaja urusan, mereka perlu berhubung dengan peguam saya, katanya.

sumber : HM

Semalam Jawatankuasa Tatatertib PBNP mengenakan hukvman gantvng dua tahun ke atas Sumareh daripada terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak selepas didapati bersalah melanggar terma kontrak dengan badan induk itu.