Satu persatu perkara terus dibongkar

Bagaikan tiada tanda akan reda apabila p3rang antara pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dan pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilihat terus hangat apabila satu persatu perkara terus dibongkarkan menerusi laman sosial Facebook.

Jika sebelum ini, Norizam yang mengeluarkan kenyataan dengan mempersoalkan di mana bayaran hak penyiaran Liga M serta elaun pengadil yang belum dibayar.

Namun terbaharu, beliau terus melepaskan segala terbuku di hati termasuk memaklumkan tidak pernah menerima bayaran hasil kutipan tayangan atas talian MyCujoo.

Katanya, perkara terbabit sudah diajukan kepada MFL untuk mendapatkan penjelasan lanjut namun setakat ini masih belum ada sebarang jawapan diterima oleh Kelantan FC.

“Mula saya ambil Kelantan FC dari bulan sembilan tahun lalu, hingga hari ini tiada satu sen bayaran yang sepatutnya Kelantan FC terima hasil kutipan Online MyCujoo, MFL email pertanyaan sudah dihantar, tetapi belum dapat.

“Alasan daripada MFL adalah C0v!d-19 dan tiada penajaan tetapi duit siaran perlawanan dari MyCujoo dibayar tunai oleh semua penonton, kenapa bahagian TRW tidak dibayar,” katanya, menerusi akaun Facebook ZAMSAHAM.

Selain itu, Norizam atau dikenali sebagai Zamsaham turut mempersoalkan berkaitan pembayaran duit pengadil oleh pasukan Liga Malaysia (Liga M).

“Terkejut beruk aku duit pengadil pun pasukan kena bayar, lepas itu bila claim (tuntut) MFL sudah masuk lima bulan tak dapat. Surat tuntut sudah dihantar.

“MFL Hutang Kelantan FC belum settle (selesai) tapi MFL minta RM25,000 sebagai yuran penyertaan ke Liga Perdana. Walaupun susah kami usaha dan kami sudah pun bayar,” katanya.

Norizam juga mengingatkan bahawa tindakan beliau itu bukanlah mahu mendapatkan populariti cuma mahu menuntut hak pasukan Liga M.

Sebelum ini, kecoh di media sosial, apabila Norizam mempersoalkan di mana bayaran hak penyiaran Liga M serta elaun pengadil yang belum dibayar.

Beliau turut mempersoalkan FAM mengeluarkan kenyataan Kelantan FC akan dipotong tiga mata dalam Liga Perdana musim ini jika Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) gagal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemainnya.

sumber : HM

FAM bagaimanapun menafikan kenyataan itu, selain membidas pemilik Kelantan FC itu kerana ‘menyerang’ mereka tanpa memeriksa ketepatan laporan media.