Sebab tu saya cakap, jangan bagi muka — Azmeer

Bekas pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusoff meluahkan pandangan mengenai lambakan pemain import dalam saingan Liga Malaysia berdasarkan pengalamannya beraksi secara profesional selama 13 tahun.

Menurut kenyataan di laman facebooknya, beliau mahu pemain tempatan membuktikan mereka lebih baik daripada pemain import meskipun mempunyai kekurangan dari segi fizikal.

Bukan niat untuk menc3derakan, tapi untuk buktikan pemain-pemain Malaysia lebih bagus dari mereka. Lawan dengan fizikal kita tahu kita akan kalah. Tapi lawan dengan semangat, percayalah mereka akan kalah dengan semangat kita.

“Semua pemain-pemain di Malaysia kena terapkan perasaan untuk jadi lebih bagus dari pemain-pemain import. Buktikan pada mereka kita lebih hebat dari mereka. Bukan bukti hanya di dalam hati, tapi buktikan di atas padang,” katanya

Azmeer yang telah gantvng but pada bulan disember tahun lepas turut menceritakan pengalamanya bergadvh dengan pemain naturalisasi negara, Quilherme De Paula. Beliau berharap para tempatan tidak sesekali takut berhadapan dengan pemain import yang lebih besar.

Saya masih ingat lagi bagaimana saya bergadvh dengan De Paula pada tahun 2016. Sewaktu itu De Paula bermain untuk PDRM, saya bermain untuk Kedah. Beliau meraikan gol dengan men3ndang tiang sepakan penjuru.

“Sewaktu itu juga bendera di tiang tersebut berwarna hijau kuning. Lantas saya pergi ke arah beliau dan memarahi beliau kerana men3ndang bendera tersebut. Sampaikan Coach Tan Cheng Hoe terpaksa meleraikan pergadvhan kami. Sebab tu saya cakap, jangan bagi muka,” tambahnya.