Sedia beri impak Besar – Tam Sheang Tsung

PEMAIN tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tam Sheang Tsung bertekad untuk meninggalkan impak besar bersama pasukan itu pada saingan Liga Super musim ini yang dijadualkan bermula 5 Mac depan.

Sheang Tsung pernah suatu ketika dahulu digelar sebagai wonderkid Malaysia selepas mencuri tumpuan beraksi selama lima minit bersama kelab China, Shanghai Shenghua menentang gergasi England, Manchester United dalam satu aksi persahabatan pada 2012.

Resumenya juga cukup menarik apabila pernah beraksi dengan dua pasukan remaja Jepun, Yokohama FC dan Sagan Tosu sebelum menyertai kelab divisyen dua Liga Jepun, Avispa Fukuoka pada 2014.

Kisah perjalanan Sheang Tsung, 26, di Jepun tidak berakhir dengan kegembiraaan dan akhirnya kembali beraksi di negara sendiri dengan mewakili beberapa pasukan seperti Melaka United, Kuala Lumpur sebelum menyertai Kedah pada 2019.

“Saya berazam untuk bekerja lebih keras berbanding tahun lepas. Saya sangat gembira berada di sini dan saya bertekad untuk meninggalkan keputusan terbaik buat pasukan Kedah,” katanya.

Bagaimanapun, Sheang Tsung perlu membuktikan kemampuannya dahulu dalam sesi latihan jika mahu memikat ketua jurulatih Helang Merah, Aidil Sharin Sahak untuk menyenaraikan namanya dalam kesebelasan utama untuk aksi Liga Super 2021.

Ia bukan satu tugas mudah kerana kehadiran dua import baharu di bahagian tengah, Anumanthan Kumar dari ­Singapura dan bintang Lebanon, Rebih Ataya pasti me­nyukarkan peluangnya untuk mendapat lebih banyak minit permainan musim ini.

sumber : Konline

Namun, pemain yang dilahirkan di Tokyo dan boleh beroperasi di bahagian sayap kiri itu harus menganggap ia satu persaingan sihat dan berjuang mendapatkan tempatnya memandangkan Kedah juga bakal beraksi dalam kancah Piala AFC musim ini.