Sejarah Hitam Diaz Jadi Punca

Ketua jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto memberikan sebab utama mengapa pasukannya membatalkan niat untuk mendapatkan khidmat Jorge Pereyra Diaz bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Kurniawan menyatakan sejarah hitam yang dimiliki Diaz ketika bersama JDT merupakan faktor utama mengapa Sabah memutuskan untuk tidak menandatangani Diaz.

Kami berminat dan Diaz sendiri mahu kembali beraksi di Malaysia. Tapi kami tidak mahu mengambil pemain begitu sahaja tanpa mengetahui sejarah lampau terutamanya mengapa beliau boleh keluar dari JDT.

“Kami tidak mahu perkara tersebut berlaku kepada kami. Akhirnya kami memutuskan untuk tidak menandatangani Diaz,” kata Kurniawan Dwi Yulianto.

Pada Februari 2018, pemain dari Argentina itu secara tiba-tiba meninggalkan JDT sebelum mereka berlepas ke Vietnam bagi menghadapi perlawanan saingan Piala AFC.

Sehingga saat ini, faktor utama mengapa Diaz meninggalkan JDT secara tiba-tiba masih lagi mist3ri dimana beliau mempunyai musim yang cemerlang sepanjang bergelar pemain kelab itu.

Diaz membantu JDT memenangi dua gelaran Liga Super (2014,2016), satu Piala FA (2016) dan tiga Piala Sumbangsih (2015,2016,2018).