Sejarah itu tidak boleh dijual be li

Bekas kapten skuad negara, Shukor Adan, berkemungkinan tidak akan memecahkan rekod pemain tertua beraksi dalam saingan Liga Malaysia seandainya misinya bersama Kuala Lumpur United FC musim depan tercapai.

Bagaimanapun, jika perkara sebaliknya berlaku, pemain berusia 41 tahun itu bersedia untuk mengatasi rekod penjaga gol era 1990an dan awal 2000, V. Murugan — rekod diturunkan beraksi pada usia 43 tahun ketika mewakili Melaka.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, Shukor berkata: “Misi saya tahun depan adalah untuk membantu KL mendapatkan pencapaian yang amat baik dalam Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA. Semua faham bahawa KL sudah agak lama tidak rasa suasana final Piala FA dan Piala Malaysia.

“Sasaran saya tahun depan, dengan kehadiran Safee Sali, Hadin Azman dan segelintir pemain baru, saya rasa dapat memperkuatkan pasukan Kuala Lumpur.

“Walaupun dengan usia saya yang sudah agak lewat, saya yakin masih mampu untuk membantu pasukan Kuala Lumpur.

“Sebenarnya pemain-pemain lama ini, kita tidak boleh menganggap mereka pemain yang sudah tua.

“Kami adalah pemain yang boleh membantu dan membimbing pemain generasi baru ini untuk mencapai tahap sepertimana kami beraksi.

“Contohnya Safee Sali yang pernah bermain di Indonesia, Indra Putra (Mahayuddin) dengan rekod penjaring terbanyak dalam liga kita dan saya mungkin pemain (paling) senior.

“Saya fikir buat pemain yang berada di Kuala Lumpur, jangan segan untuk menimba ilmu dengan pemain yang lebih usia seperti kami.

“Walaupun kudrat kami tidaklah sebaik pemain muda tetapi daripada pengalaman di tengah padang mungkin dapat membantu pemain yang ada sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut, Shukor menambah: “Bola sepak adalah jiwa saya sejak kecil, jadi istilah bersara itu, saya akan umumkan juga satu hari nanti.

“Kalau boleh sebagai pemain bola sepak, sebelum kita menggantungkan kasut, saya mahu membantu sebuah pasukan mencapai sesuatu agar ia menjadi satu kenangan yang membanggakan sebelum saya tutup buku sejarah saya dalam bola sepak.

sumber : SA

“Sejarah itu tidak boleh dijual beli. Jadi, tahun depan akan menjadi penentu sama ada saya akan bersara atau tidak,” tambahnya.