Sekadar Persinggahan di Police Tero FC

Apakah kelab Thailand, Police Tero FC sekadar persinggahan buat Mohamadou Sumareh?

Perkara tersebut menjadi tanda tanya selepas portal sukan tempatan, Goal.com Thailand mendedahkan pemain kelahiran Gambia itu tidak lagi bersama kelab tersebut dalam baki kempen Liga Thailand musim ini.

Menurut portal berkenaan, Sumareh, 26, yang menyertai Police Tero secara kontroversi dari Pahang pada September lalu kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia, negara di mana dia menerima status naturalisasi, dua tahun lalu.

“Sumareh tidak akan bersama Police Tero lagi selepas tidak ditawarkan kontrak lanjutan.

“Bintang Gambia itu dilaporkan sedang menjalani persiapan untuk kembali ke Malaysia. Dia hanya beraksi dalam empat perlawanan bersama Police Tero.

sumber : UM

“Sumareh cuma diturunkan dalam kesebelasan utama untuk satu perlawanan. Secara keseluruhan, dia beraksi selama 111 minit tanpa sebarang gol,” tulis Goal.com Thailand.